smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Selasa, 22 Mei 2012

PPD - PENGISIAN SARINGAN LINUS KE SAPS

PPPD PEPERIKSAAN DALAMAN
PPD KLUANG

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kluang

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2.     Pengisian data Saringan Khas LINUS Kohort 2 dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah dibuka mulai 22 Mei 2012. Berikut adalah cara pengisian data (tindakan guru BM dan Matematik Tahun 2) :-
(((((((((((Sila klik ' Baca lagi' untuk laporan penuh ))))))))))))

Isnin, 21 Mei 2012

AKTIVITI - PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

AKTIVITI
SJK C KAHANG


Sabtu, 19hb Mei 2012, Dewan Sekolah. Program Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Kem yang diadakan selama satu hari ini telah menyajikan kepelbagaian aktiviti dan pengalaman yang amat bermakna kepada murid. Murid-murid didedahkan dengan protokol dan prosedur kem,  kraf perkhemahan, memasak, asas simpulan dan ikatan, permainan dan persembahan kumpulan. Banyak nilai yang cuba diterapkan kepada murid oleh penganjur seperti keyakinan diri, berani, bekerjasama, kepimpinan rekreasi dan sebagainya. Kehadiran ramai guru-guru sebagai jurulatih membuatkan semua aktiviti menjadi lebih mudah dan lancar. 

(((((((((((Sila klik 'Baca lagi' untuk laporan penuh)))))))))

Ahad, 20 Mei 2012

PPD - PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG

UNIT PENGURUSAN KUALITI
PPDKLUANG

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu tuan diminta hadir ke majlis tersebut bersama seorang Guru Penolong Kanan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Mei 2012 ( RABU )
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Semarak PPD Kluang
Pendaftaran : 2.00 petang
Pakaian : Rasmi
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad bin Yusup, Penolong PPD Pengurusan Kualiti dan Inovasi di talian 013-7748494
Sekian, semoga berada dalam makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.


Sabtu, 19 Mei 2012

JPN - MAKLUMAN PERTANDINGAN PUSAT SUMBER DAN PPDa

UNIT PPDa
JPN JOHOR

PERTANDINGAN BILIK SUMBER DAN
SUDUT / LORONG PEND. PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012

Salam, 
Makluman kepada calon-calon sekolah yang bertanding, sila muat turun surat makluman. bahan penataran pemarkahan pertandingan dan jadual penilaian pertandingan.

Sila klik muat turun di bawah



BERITA - 4374 SEKOLAH TERIMA RM987.1j

BERITA 
UTUSAN ONLINE


MUHYIDDIN Yassin (tiga kiri) beramah mesra dengan para penerima bantuan khas pada majlis penyerahan bantuan khas kepada sekolah-sekolah seluruh negara di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 18 Mei - Sebanyak 4,374 buah sekolah di seluruh negara akan menerima agihan peruntukan bernilai RM987.1 juta secara berperingkat-peringkat bermula bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah peruntukan itu, RM900 juta merupakan tabung khas bagi pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah.
Katanya, daripada peruntukan tabung khas itu pula, RM500 juta akan disalurkan kepada 1,744 buah sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Selebihnya iaitu masing-masing RM100 juta untuk 817 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), 369 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), 428 buah sekolah mubaligh serta 167 buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).
''Bagi peruntukan tabung khas itu, ia akan dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini. Selain itu, sebanyak RM87.1 juta peruntukan tambahan diberikan bagi pembinaan dan naik taraf surau sekolah di seluruh negara.

((((((( Sila klik 'Baca lagi' untuk laporan penuh )))))))))

BERITA - PERUNTUKKAN KHAS UNTUK SEKOLAH - SEKOLAH 'PARAH'

BERITA 
UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 18 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memastikan projek-projek penambahbaikan sekolah terutamanya yang dilaporkan 'parah' menerusi audit fizikal mendapat peruntukan mencukupi.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, untuk tujuan itu, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Rosli Mohamed memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan yang diterima khusus bagi melaksanakan projek penyelenggaraan sekolah.
Usaha itu katanya, bagi menjamin bangunan-bangunan sekolah sentiasa berkeadaan baik, sempurna dan selamat.
''Adalah penting untuk memiliki infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan baik serta berkualiti agar proses pembelajaran dapat dijalankan dengan selesa. Dua tahun lepas kementerian mengambil inisiatif membuat audit fizikal sekolah seluruh negara. Ia telah pun siap.
''Daripada lebih 10,000 buah sekolah (diaudit), sebanyak 600 buah sekolah dilaporkan berada dalam keadaan cukup parah. Disebabkan itu projek-projek penambahbaikan khususnya di Sabah dan Sarawak, kita perlu tentukan mereka dapat sejumlah peruntukan yang mencukupi.

(((((((((Sila klik 'Baca lagi' untuk laporan penuh))))))))))

PPD - PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
PPD KLUANG

Guru Besar, sekolah-sekolah daerah kluang. Tuan, Merujuk perkara di atas dengan hormatnya.
2.    Sila maklumkan kepada semua guru prasekolah untuk muat turun fail ‘Pentaksiran Prasekolah 2012′. Gunakan buku panduan tersebut untuk pentaksiran murid prasekolah 2012 seperti yang telah dimaklumkan pada 13 Mei 2012.  Data pentaksiran perlu diisi dalam aplikasi e-PPRA ( Rujuk manual yang telah diedarkan ). Pentaksiran perlu dibuat dua kali setahun iaitu antara (Mac-Jun) dan (Ogos – Oktober).
3.     Tarikh tutup penghantaran kertas konsep ‘Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah’ ke PPD pada 4 Jun 2012 , hantar ke Unit Akademik u/p :  Pn Hamidah Haduri. Setiap guru prasekolah diwajibkan menghantar satu kertas konsep.
4.    Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Sekian terima kasih. Sila muat turun ‘Surat‘.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...