smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Khamis, 17 Mei 2012

AKTIVITI - SAMBUTAN HARI GURU 2012

SJK C KAHANG
PENGURUSAN SEKOLAH



Rabu, 16hb Mei 2012, Kahang. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya semalam. Sambutan yang dilaksanakan setiap tahun ini dimulakan turut disertai barisan Jawatankuasa Lembaga Sekolah. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan yang dimuatkan ucapan Guru Besar, wakil Lembaga Sekolah dan wakil murid serta diselitkan juga Nyanyian barisan guru-guru mendendangkan lagu Guru Malaysia dan Lagu Hari Guru. Seterusnya Persembahan murid pula mengambil tempat menghiburkan hadirin yang hadir di dewan sekolah.
Sukaneka pula menyusul dan diadakan di gelanggang tertutup bola keranjang. Pelbagai permainan dilaksanakan dengan menyaksikan rumah kuning menjuarai pertandingan sukaneka ini. Permainan sukaneka ini turut dimeriahkan dengan penyertaan ahli Lembaga Sekolah dan murid-murid yang terpilih.
Setelah acara sukaneka dijalankan, jamuan kelas menggamatkan suasana sekolah. Pelbagai hidangan disediakan di setiap kelas. Makanan dan hidangan jamuan ini dibawa oleh murid dan guru kelas masing-masing. 
Jam 11:30 pagi acara cabutan bertuah guru-guru pula jalankan dengan menyaksikan Pn. Ng See Ling berjaya merangkul hadiah paling berharga dalam acara cabutan bertuah ini. 
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur Hari Guru SJKC Kahang 2012 kerana berjaya melaksanakan program dengan jayanya.

Selamat Hari Guru..



(((((((((Sila klik 'Baca Lagi' untuk laporan penuh)))))))))


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...