smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

ASPIRASI PENGARAH JPNJ

Ucapan Pengarah Pelajaran Johor Sempena Pelancaran Laman Web Jabatan Pelajaran Johor Versi 6

 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatnya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Jabatan Pelajaran Johor. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web JPNJ kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini. Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin. Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbirurus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubahan undang-undang komunikasi/ multimedia/siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan menggalakan penggunaan teknologi-teknologi baru yang sesuai. Sebagai mengambil contoh perlaksanaan Inisiatif Jalur Lebar (Nasional Broadband Initiatives) telah membantu Malaysia dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah ke 54.9% melebihi sasaran awal iaitu 50%. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara on-line telah mengubah gaya hidup generasi serta cara kerja agensi kerajaan. Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kebolehpercayaan masyarakat / pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindakikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos. Adalah menjadi harapan saya agar laman web Jabatan Pelajaran Johor yang dibangunkan ini dikawal dan diselaras supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran , pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui laman web ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak laman ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidikan dan orang awam. Harapan saya semoga anda berpuas hati dengan paparan di laman web ini dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk menambah baik kandungan laman web ini dari semasa ke semasa. SELANGKAH DI HADAPAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...