smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Isnin, 21 Mei 2012

AKTIVITI - PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

AKTIVITI
SJK C KAHANG


Sabtu, 19hb Mei 2012, Dewan Sekolah. Program Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Kem yang diadakan selama satu hari ini telah menyajikan kepelbagaian aktiviti dan pengalaman yang amat bermakna kepada murid. Murid-murid didedahkan dengan protokol dan prosedur kem,  kraf perkhemahan, memasak, asas simpulan dan ikatan, permainan dan persembahan kumpulan. Banyak nilai yang cuba diterapkan kepada murid oleh penganjur seperti keyakinan diri, berani, bekerjasama, kepimpinan rekreasi dan sebagainya. Kehadiran ramai guru-guru sebagai jurulatih membuatkan semua aktiviti menjadi lebih mudah dan lancar. 

(((((((((((Sila klik 'Baca lagi' untuk laporan penuh)))))))))


En. Mohd Zam yang juga jurulatih bertauliah daripada Pusat Kokurikulum Negeri Johor memberikan ilmu dalam bidang protokol kem, kraf perkhemahan, ikatan dan simpulan dan beberapa aktiviti rekreasi perkhemahan. Barisan guru-guru yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perkhemahan yang berkesan membuat program ini amat meninggalkan kesan kepada semua peserta. Ini ditambah pula dengan komitmen GPK Kokurikulum (Pn. Ng See Ling ) untuk bersama-sama sepanjang aktiviti. Pn. Chang Chwee Neo (GPK1) yang baru sahaja pulang daripada Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Kluang di Chamek juga sudi hadir pada sesi petang dalam memberikan semangat dan dorongan kepada guru-guru dan peserta.
Semoga semua ilmu dan pengalaman yang ditempuhi sewaktu program ini dapat menjadi manfaat kepada murid serta meninggalkan kesan dalam tindakan murid supaya menjadi lebih berkeyakinan dan berkepimpinan tinggi. Program ini berakhir pada jam 5:30 petang.





































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...