smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Jumaat, 18 Mei 2012

ARTIKEL - PERDANA MENTERI SASAR SATU KOMPUTER TABLET UNTUK SETIAP MURID

ARTKEL BERITA
UTUSAN ONLINE

NEW YORK 17 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membekalkan satu komputer tablet kepada setiap pelajar bagi menyediakan satu suasana pembelajaran baru dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang inovatif.

Menurutnya, sasaran nisbah penggunaan satu komputer tablet kepada 10 orang pelajar sekarang perlu ditingkatkan kerana pengunaan teknologi itu yang kini harganya lebih rendah boleh memberi kesan besar kepada pelajar.

"Di India mereka telah bangunkan tablet yang harganya sangat rendah iaitu AS$50 (RM150) yang mungkin boleh diguna pakai di Malaysia. Penyelesaian teknologi yang ada di pasaran ini perlu dipertimbangkan untuk digunakan di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini sambil menunjukkan model komputer tablet itu.


((((((Sila klik 'baca lagi' untuk laporan penuh)))))))


Terdahulu Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) yang menyaksikan perkembangan positif dengan termeterainya lima kerjasama yang meliputi aspek pembangunan industri biomas dan program pendidikan serta penyeldidikan.

Tablet android Aakash yang dibangunkan oleh kerajaan India dengan kerjasama syarikat British dilancarkan Oktober tahun lalu untuk kegunaan pelajar di sekolah dan universiti negara berkenaan.

Najib berkata, pengunaan komputer tablet itu telah diberi perhatian penting dalam mesyuarat GSIAC, iaitu badan penasihat yang dianggotai oleh 25 pakar dunia dalam pelbagai bidang dan 10 tokoh tempatan.

"Majlis juga telah beri pandangan bahawa amat penting untuk memperluas penggunaan komputer tablet, nisbah perlu ditingkatkan kerana ini satu langkah bagaimana kita boleh beri kesan besar dengan gunakan teknologi," kata Perdana Menteri. - UTUSAN



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...