smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Selasa, 8 Mei 2012

PPD - PENYATA PERUBAHAN KEW 8

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Perhatian kepada semua Pengetua, Guru Besar SJK (C) dan SJK (T) yang mempunyai Guru Interim sekolah daerah Kluang. Dengan segaja hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membuat semula Penyata Perubahan (KEW.8) bagi Pelarasan Kenaikan Gaji 13%, Tawaran Pelanjutan Dan Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup.  Bagi Kew.8 pelarasan kenaikan gaji 13%, tawaran pelanjutan atau kenaikan kadar bantuan sara hidup yang telah dihantar ke PPD untuk tujuan kelulusan, Kew.8 berkenaan telah dibatalkan. Dilampirkan contoh-contoh Penyata Perubahan (Kew.8) bagi Kenaikan Gaji 13%, Tawaran Pelanjutan Dan Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup untuk Guru Interim SMK, SJK (C) Dan SJK (T) beserta Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1./2012 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn. Heng Lee Chin- Unit Pengurusan Sekolah di talian 07-7741103.

1. Kew.8 Pelarasan Kenaikan Gaji 13% (kew.8 penyelarasan 13%)- sila sertakan Kew.8 yang telah diluluskan
bagi gaji bulan Januari(gaji lama) sebagai dokumen sokongan.
2. Kew.8 Tawaran Pelanjutan Guru Interim (Kew.8 Tawaran Pelanjutan)
3. Kew.8 Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (Kew.8 Kenaikan Cola)
Sekian terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...