smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Memaparkan catatan dengan label KPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPM. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

BERITA - PERUNTUKKAN KHAS UNTUK SEKOLAH - SEKOLAH 'PARAH'

BERITA 
UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 18 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memastikan projek-projek penambahbaikan sekolah terutamanya yang dilaporkan 'parah' menerusi audit fizikal mendapat peruntukan mencukupi.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, untuk tujuan itu, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Rosli Mohamed memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan yang diterima khusus bagi melaksanakan projek penyelenggaraan sekolah.
Usaha itu katanya, bagi menjamin bangunan-bangunan sekolah sentiasa berkeadaan baik, sempurna dan selamat.
''Adalah penting untuk memiliki infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan baik serta berkualiti agar proses pembelajaran dapat dijalankan dengan selesa. Dua tahun lepas kementerian mengambil inisiatif membuat audit fizikal sekolah seluruh negara. Ia telah pun siap.
''Daripada lebih 10,000 buah sekolah (diaudit), sebanyak 600 buah sekolah dilaporkan berada dalam keadaan cukup parah. Disebabkan itu projek-projek penambahbaikan khususnya di Sabah dan Sarawak, kita perlu tentukan mereka dapat sejumlah peruntukan yang mencukupi.

(((((((((Sila klik 'Baca lagi' untuk laporan penuh))))))))))

Jumaat, 18 Mei 2012

BERITA - MEMPERKASA SISTEM PENDIDIKAN

BERITA
UTUSAN ONLINE

NEW YORK 17 Mei - Malaysia bakal menyaksikan satu perubahan besar dalam sistem pendidikan negara melalui program 'daripada buaian sehingga kerjaya' termasuk melahirkan pemenang Hadiah Nobel apabila termeterainya lima memorandum persefahaman (MoU) dengan institusi penyelidikan dan pendidikan di New York.
Program itu yang kini dilaksanakan di 27 buah negeri Amerika Syarikat (AS) dan telah berjaya meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar dari peringkat sekolah sehingga kolej atau universiti diperkenalkan oleh Canselor State University of New York (SUNY), Dr. Nancy Zimpher.
NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor menyaksikan MoU antara Ellis Rubinstein (kanan) dengan Naib Canselor UKM, Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (dua dari kiri) selepas mesyuarat kedua GSIAC di Akademi Sains New York (NYAS), New York, semalam. Turut sama, Khaled Nordin (tiga dari kiri) dan Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis. - BERNAMA

((((((Sila klik 'Baca lagi' untuk laporan penuh))))))))

JPN - KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT 2012

UNIT PERKHIDMATAN
JPN JOHOR

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Tahun 2012 (Secara Online)
Kepada:
Ketua Sektor
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor
Pengetua / Guru Besar / Guru-guru
SMK / SK / SJKC / SJKT
Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Tahun 2012 (Secara Online)
Untuk makluman, keputusan urusan�kenaikan pangkat PPPS dan PPPLD boleh disemak secara online dilaman web Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.gov.my/naikpangkat/naikpangkat.php
PERHATIAN:
1) Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2) Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.


Rabu, 16 Mei 2012

KPM - PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA HARI GURU 2012

PERUTUSAN HARI GURU
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 2012

Y.A.B TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA



TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KALI KE-41
PADA 16 MEI 2012; PUKUL 10.00 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN JUBLI PERAK, KUALA KANGSAR, PERAK
TEMA: “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI 
PENDIDIKAN NEGARA”

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, MB Perak;
Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran I; 
Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timb. Menteri Pelajaran II; 
Yang Berbahagia Dato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian 
Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah 
Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ramli, Timbalan Pengarah 
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah 
Pelajaran Malaysia, 
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian 
Pelajaran Malaysia, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri,
Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puanpuan dan para pendidik yang saya hormati sekalian.
  
1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah izin 
dan kurnia-Nya, dapat kita sama-sama berkumpul di Bandar DiRaja Kuala 
Kangsar, Perak pada hari ini sebagai tanda pengiktirafan dan terima kasih kita 
yang tidak  terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru, warga 
Kementerian Pelajaran dan semua insan yang bergelar pendidik di negara kita. 
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. 
Haji Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak atas kesudian kerajaan negeri 
Perak menjadi tuan rumah sambutan Perayaan Hari Guru yang ke-41 pada 
tahun ini.
(((((((((Sila klik 'Baca Lagi' di bawah ini)))))))))))))

Jumaat, 11 Mei 2012

KPM - SEMAKAN PENEMPATAN SEMULA PPPS

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN SEMULA GURU SEKOLAH RENDAH BAGI LEPASAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) AMBILAN JANUARI 2011 DAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) - KES ULANGAN yang telah diperaku boleh disemak di laman web KPM  bermula 10 Mei 2012. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untukmenghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

KPM - TAWARAN PELAWAAN SEBAGAI CALON PENULIS BUKU TEKS DBP

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT



Khamis, 10 Mei 2012

KPM - SAMBUTAN HARI GURU

TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
(OPERASI PENDIDIKAN)

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah memutuskan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012



Isnin, 7 Mei 2012

KPM - KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

PEMBERITAHUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kajian semula sistem pendidikan ini, Sila muat turun dokumen di bawah ini:






Khamis, 3 Mei 2012

KPM - PEMANGKUAN GURU CEMERLANG

JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ METRIKULASI DANENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012

SILA MUAT TURUN LAMPIRAN DI LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...