smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

BERITA - 4374 SEKOLAH TERIMA RM987.1j

BERITA 
UTUSAN ONLINE


MUHYIDDIN Yassin (tiga kiri) beramah mesra dengan para penerima bantuan khas pada majlis penyerahan bantuan khas kepada sekolah-sekolah seluruh negara di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 18 Mei - Sebanyak 4,374 buah sekolah di seluruh negara akan menerima agihan peruntukan bernilai RM987.1 juta secara berperingkat-peringkat bermula bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah peruntukan itu, RM900 juta merupakan tabung khas bagi pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah.
Katanya, daripada peruntukan tabung khas itu pula, RM500 juta akan disalurkan kepada 1,744 buah sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Selebihnya iaitu masing-masing RM100 juta untuk 817 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), 369 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), 428 buah sekolah mubaligh serta 167 buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).
''Bagi peruntukan tabung khas itu, ia akan dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini. Selain itu, sebanyak RM87.1 juta peruntukan tambahan diberikan bagi pembinaan dan naik taraf surau sekolah di seluruh negara.

((((((( Sila klik 'Baca lagi' untuk laporan penuh )))))))))

Jumaat, 18 Mei 2012

ARTIKEL - PERDANA MENTERI SASAR SATU KOMPUTER TABLET UNTUK SETIAP MURID

ARTKEL BERITA
UTUSAN ONLINE

NEW YORK 17 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membekalkan satu komputer tablet kepada setiap pelajar bagi menyediakan satu suasana pembelajaran baru dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang inovatif.

Menurutnya, sasaran nisbah penggunaan satu komputer tablet kepada 10 orang pelajar sekarang perlu ditingkatkan kerana pengunaan teknologi itu yang kini harganya lebih rendah boleh memberi kesan besar kepada pelajar.

"Di India mereka telah bangunkan tablet yang harganya sangat rendah iaitu AS$50 (RM150) yang mungkin boleh diguna pakai di Malaysia. Penyelesaian teknologi yang ada di pasaran ini perlu dipertimbangkan untuk digunakan di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini sambil menunjukkan model komputer tablet itu.


((((((Sila klik 'baca lagi' untuk laporan penuh)))))))

ARTIKEL - 讀好書,考好試,找好工‧就有幸福的未來?

ARTIKEL PENDIDIKAN 
SIN CHEW DAILY ONLINE

“不是每個人都要當國家棟梁,社會更需要腳踏實地、堅守崗位、熱愛工作的螺絲釘。”讀到嚴長壽先生所著《教育應該不一樣》裡面這句話,我想起一件小事。
幾年前,我經過一間糕餅店,一個年輕人把我叫住,原來是從前的學生。在校時,他念的是後段班;中學畢業後,到國外學烘焙,回國後開了家糕餅店。
“老師,你以前跟我們說的一句話,我牢牢記住!”


((((((((Sila Klik 'baca lagi' untuk laporan penuh ))))))))

Rabu, 16 Mei 2012

KPM - PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA HARI GURU 2012

PERUTUSAN HARI GURU
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 2012

Y.A.B TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA



TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KALI KE-41
PADA 16 MEI 2012; PUKUL 10.00 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN JUBLI PERAK, KUALA KANGSAR, PERAK
TEMA: “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI 
PENDIDIKAN NEGARA”

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, MB Perak;
Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran I; 
Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timb. Menteri Pelajaran II; 
Yang Berbahagia Dato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian 
Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah 
Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ramli, Timbalan Pengarah 
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah 
Pelajaran Malaysia, 
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian 
Pelajaran Malaysia, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri,
Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puanpuan dan para pendidik yang saya hormati sekalian.
  
1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah izin 
dan kurnia-Nya, dapat kita sama-sama berkumpul di Bandar DiRaja Kuala 
Kangsar, Perak pada hari ini sebagai tanda pengiktirafan dan terima kasih kita 
yang tidak  terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru, warga 
Kementerian Pelajaran dan semua insan yang bergelar pendidik di negara kita. 
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. 
Haji Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak atas kesudian kerajaan negeri 
Perak menjadi tuan rumah sambutan Perayaan Hari Guru yang ke-41 pada 
tahun ini.
(((((((((Sila klik 'Baca Lagi' di bawah ini)))))))))))))

Jumaat, 11 Mei 2012

PPD - PROGRAM JELAJAH BUKU

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD KLUANG

Pengetua/Guru Besar, Guru-Guru dan Semua Warga Pendidikan Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dalam kempen mengumpul buku baru dan terpakai tersebut, pihak penganjur telah menyasarkan sebanyak 50 ribu naskah bakal terkumpul sehingga penutup kempen pada 20 Mei 2012. Semoga perkara ini berada dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sila muat turun “JELAJAH BUKU” untuk maklumat lanjut.


Isnin, 7 Mei 2012

BERITA - GURU PERLU KUASAI BI DAHULU

BERITA



MUHYIDDIN beramah mesra dengan pelajar pada majlis perasmian Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di Cyberjaya, semalam.
Semangat Maktab Kirkby dapat lonjak penguasaan bahasa Inggeris: TPM
CYBERJAYA: Tiada kaedah pengajaran yang lebih berkesan melainkan guru menguasai bahasa Inggeris terlebih dulu sebelum berdepan dengan pelajar bagi mengajar bahasa itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kaedah diguna pakai pada 1950-an yang mana guru dihantar ke Maktab Kirkby, England untuk belajar daripada tenaga pengajar yang juga penutur jati bahasa Inggeris ternyata dapat melahirkan guru yang menguasai bahasa itu dengan cemerlang.
Pendekatan sama boleh bantu kita mengatasi salah satu rungutan utama sektor profesional di sini iaitu mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tidak memuaskan, sekali gus membawa implikasi besar terhadap daya saing dan pembangunan negara. – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Katanya, guru pelatih di Maktab Kirkby ketika itu berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selama dua tahun dengan penutur jati, selain mempelajari budaya mereka yang menjadi asas kepada pembentukan budaya berbahasa Inggeris.
“Pendekatan sama boleh bantu kita mengatasi salah satu rungutan utama sektor profesional di sini iaitu mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tidak memuaskan, sekali gus membawa implikasi besar terhadap daya saing dan pembangunan negara.
“Saya yakin semangat Maktab Kirkby dapat memainkan peranan dalam melonjakkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru pelatih dan masyarakat umum di sini,” katanya ketika berucap merasmikan Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di sini semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut melancarkan buku bertajuk Warisan Maktab Kirkby sempena majlis itu. Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud; Pengerusi Lembaga Pengarah KIC, Tan Sri Dr Yahya Ibrahim dan Presiden KIC, Bismillah Khatoon.
Bangunan KIC yang dibina dengan kos RM54 juta itu menempatkan 1,030 pelajar termasuk kira-kira 1,000 pelajar lepasan diploma yang kini mengikuti Program Pensiswazahan Guru, selain 126 pelajar lepasan sekolah menengah yang kini mengikuti Program Latihan Perguruan Peringkat Ijazah Pertama.
Muhyiddin berkata, tokoh guru seperti Yahya, yang juga Alumni Maktab Kirkby, wajar memanfaatkan kelulusan dan pengalaman luas beliau serta rakan seangkatannya untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan tenaga pengajar di sini.
Sehubungan itu, beliau mengesyorkan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia (PAMKM) turut menyumbang cadangan dan pemikiran dalam Dialog Kebangsaan Kajian Semula Pendidikan yang beliau lancarkan kelmarin, menjurus kepada aspek khusus memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris.
Katanya, walaupun bahasa Inggeris diletakkan di tempat kedua selepas bahasa Melayu, kerajaan tetap mengiktiraf kepentingan usaha memastikan rakyat menguasai bahasa antarabangsa itu.


Ahad, 6 Mei 2012

ARTIKEL - GURU STRES ?

ARTIKEL
UTUSAN MALAYSIA

RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat.
Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
"Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.
Didorong perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang mengendalikan pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
Katanya, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas.
"Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan ialah melalui fisioterapi," katanya.
Beliau mengakui, kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah.
"Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.
"Secara umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan," katanya.
Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini membabitkan 135 guru dan kakitangan sekolah.
Pengetuanya, Siti Endon Mohamad Dahlan berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.
"Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu," katanya.
Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill.
Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.
Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut kurang selesa, loya dan cirit.
Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya.
Malah beliau berharap supaya masyarakat menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...