smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Memaparkan catatan dengan label PPD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPD. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mei 2012

PPD - PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG

UNIT PENGURUSAN KUALITI
PPDKLUANG

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu tuan diminta hadir ke majlis tersebut bersama seorang Guru Penolong Kanan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Mei 2012 ( RABU )
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Semarak PPD Kluang
Pendaftaran : 2.00 petang
Pakaian : Rasmi
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad bin Yusup, Penolong PPD Pengurusan Kualiti dan Inovasi di talian 013-7748494
Sekian, semoga berada dalam makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.


Jumaat, 18 Mei 2012

PPD - TAPAK HEAD COUNT UPSR UNTUK SJK C

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
PPD KLUANG

Guru Besar, Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Daerah Kluang. Tuan, Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.    Sila isikan maklumat Head Count sekolah serta Calon UPSR 2012 pada tapak yang disediakan. Lengkapkan dan hantar CD ke Unit Akademik PPD Kluang u/p : En. Zainuddin bin Md. Ramlan serta E-mailkan data kepada En. Mohd Ariffin bin Abd. Latiff Penolong Pengarah BPTV JPNJ.
3.    Kerjasama tuan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih. Sila muat turun “Tapak”.


PPD - PRA PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG

UNIT PENGURUSAN KUALITI
PPD KLUANG

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah sekolah Daerah Kluang.
Tuan/Puan ,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu tuan dijemput untuk hadir ke taklimat Pra-Program Pengarah Pelajaran Turun Padang mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Mei 2012 ( Jumaat )
Masa : 3.00 petang
Tempat : Sekolah Pusat Perbengkelan Masing-masing
Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Sekolah Pusat
3. Tuan juga diminta membawa bersama bahan pembentangan Pengetua / Guru Besar ( Power Point ) dalam bentuk ’ Soft Copy ’ yang telah lengkap dan sempurna pada hari tersebut untuk dibuat penyatuan oleh urusetia sekolah pusat bengkel.
4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad bin Yusup, Penolong PPD Pengurusan Kualiti dan Inovasi di talian 013-7748494 atau 07-7741102
Semoga berada dalam makluman dan tindakan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.


Rabu, 16 Mei 2012

KPM - PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA HARI GURU 2012

PERUTUSAN HARI GURU
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 2012

Y.A.B TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA



TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KALI KE-41
PADA 16 MEI 2012; PUKUL 10.00 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN JUBLI PERAK, KUALA KANGSAR, PERAK
TEMA: “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI 
PENDIDIKAN NEGARA”

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, MB Perak;
Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran I; 
Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timb. Menteri Pelajaran II; 
Yang Berbahagia Dato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian 
Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah 
Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ramli, Timbalan Pengarah 
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah 
Pelajaran Malaysia, 
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian 
Pelajaran Malaysia, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri,
Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puanpuan dan para pendidik yang saya hormati sekalian.
  
1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah izin 
dan kurnia-Nya, dapat kita sama-sama berkumpul di Bandar DiRaja Kuala 
Kangsar, Perak pada hari ini sebagai tanda pengiktirafan dan terima kasih kita 
yang tidak  terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru, warga 
Kementerian Pelajaran dan semua insan yang bergelar pendidik di negara kita. 
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. 
Haji Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak atas kesudian kerajaan negeri 
Perak menjadi tuan rumah sambutan Perayaan Hari Guru yang ke-41 pada 
tahun ini.
(((((((((Sila klik 'Baca Lagi' di bawah ini)))))))))))))

Jumaat, 11 Mei 2012

PPD - BENGKEL PROFESSIONALISMA PENGURUSAN PRASEKOLAH

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
PPD KLUANG

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kluang
(Mempunyai prasekolah sahaja)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bersama-sama ini disertakan surat berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.
Terima kasih


PPD - PROGRAM JELAJAH BUKU

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD KLUANG

Pengetua/Guru Besar, Guru-Guru dan Semua Warga Pendidikan Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dalam kempen mengumpul buku baru dan terpakai tersebut, pihak penganjur telah menyasarkan sebanyak 50 ribu naskah bakal terkumpul sehingga penutup kempen pada 20 Mei 2012. Semoga perkara ini berada dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sila muat turun “JELAJAH BUKU” untuk maklumat lanjut.


Selasa, 8 Mei 2012

PPD - LINUS

LINUS

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Dimaklumkan bahawa taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut :
     Tarikh       :  9 Mei 2012  (Rabu)
     Masa        :  2.30 -5.00 petang
     Tempat    :  Bilik Mesyuarat SK Kampong Melayu, Kluang
     Kehadiran  :  Guru Penolong Kanan Kurikulum
3.  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Hamidah bt Haduri di talian 019-7717073 atau fasiLINUS PPD Kluang. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.  Terima kasih.


PPD - PENYATA PERUBAHAN KEW 8

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Perhatian kepada semua Pengetua, Guru Besar SJK (C) dan SJK (T) yang mempunyai Guru Interim sekolah daerah Kluang. Dengan segaja hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membuat semula Penyata Perubahan (KEW.8) bagi Pelarasan Kenaikan Gaji 13%, Tawaran Pelanjutan Dan Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup.  Bagi Kew.8 pelarasan kenaikan gaji 13%, tawaran pelanjutan atau kenaikan kadar bantuan sara hidup yang telah dihantar ke PPD untuk tujuan kelulusan, Kew.8 berkenaan telah dibatalkan. Dilampirkan contoh-contoh Penyata Perubahan (Kew.8) bagi Kenaikan Gaji 13%, Tawaran Pelanjutan Dan Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup untuk Guru Interim SMK, SJK (C) Dan SJK (T) beserta Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1./2012 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn. Heng Lee Chin- Unit Pengurusan Sekolah di talian 07-7741103.

1. Kew.8 Pelarasan Kenaikan Gaji 13% (kew.8 penyelarasan 13%)- sila sertakan Kew.8 yang telah diluluskan
bagi gaji bulan Januari(gaji lama) sebagai dokumen sokongan.
2. Kew.8 Tawaran Pelanjutan Guru Interim (Kew.8 Tawaran Pelanjutan)
3. Kew.8 Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (Kew.8 Kenaikan Cola)
Sekian terima kasih.


PPD - KEMASKINI DATA BERSAMA KADI KLUANG

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR  – Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dengan kerjasama Pejabat Kadi Kluang dalam usaha mengumpul data guru beragama Islam yang berkahwin dalam tempoh 5 tahun terkini (2007,2008,2009,2010,2011,2012) . Sehubungan itu, dipohon kerjasama daripada tuan/puan untuk melengkapkan borang  (Semurni Kasih) yang dilampirkan bersama-sama ini dan dikembalikan semula kepada Ustaz Ahmad Anwar Bin Nordin 019-7212537. Penghantaran secara email di bawah perkara/Tajuk Semurni kasih ( Nama Sekolah ) ke email – ustnuarppd@gmail.com – sebelum atau pada 10.5.2012. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sila klik di sini untuk muat turun borang.

PPD - KEMASKINI SAPS

UNIT PEPERIKSAAN (DALAMAN)

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kluang.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Pengisian Ujian 1 2012 dibuka semula selama SEMINGGU hingga 11 Mei 2012 untuk membolehkan sekolah-sekolah mengemaskini murid dan markah. Pengisian Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dibuka dalam jangka masa terdekat. Sila pastikan senarai murid telahpun mantap supaya tidak berlaku masalah seperti pada Ujian 1
Sekian, terima kasih.


Isnin, 7 Mei 2012

PPD - KEDUDUKAN BAND PRESTASI SEKOLAH

UNIT PENGURUSAN KUALITI
PPD KLUANG

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kluang,
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Bersama-sama ini disertakan Laporan Kedudukan Band Prestasi Sekolah untuk Tahun 2009, 2010 dan 2011 ( SKPM 2003 dan SKPM 2010 ). Data ini adalah sebagai panduan tuan untuk mengisi Borang SJQ 1 dan SJQ 2 dalam Program Pengarah Turun Padang pada 23 Mei 2012.
3. Sehubungan itu juga tuan diingatkan untuk menghantar sesalinan bahan tersebut ke PPD Kluang ( UP: Penolong PPD Pengurusan Kualiti dan Inovasi ) pada atau sebelum 16 Mei 2012(RABU)
4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad bin Yusup, Penolong PPD Pengurusan Kualiti dan Inovasi di talian 013-7748494 atau 07-7741102.


Jumaat, 4 Mei 2012

PPD - TAKLIMAT PENGURUSAN PPDa

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD KLUANG

Pengetua/Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan hormatnya surat JPA2002.UPK/100-19/3Jld.4(     ) bertarikh 12 April 2012 dirujuk.
2. Sehubungan itu semoga perkara ini berada dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sila muat turun surat “TAKLIMAT PPDa


PPD - KURSUS PENGENDALIAN KANTIN SEKOLAH

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD KLUANG

Pengetua/Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan hormatnya surat JPA2002.UPK/100-21/1(    ) bertarikh 27 April 2012 dirujuk.
2. Sehubungan itu semoga perkara ini berada dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sila muat turun surat KURSUS KANTIN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...