smile

PROGRAM HARI TERBUKA 2012 .

Online templates

BANNER KEMPEN TERKINI

AKTIVITI TERKINI

TAKWIM SEKOLAH

Memaparkan catatan dengan label PEMBERITAHUAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEMBERITAHUAN. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

PPD - PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
PPD KLUANG

Guru Besar, sekolah-sekolah daerah kluang. Tuan, Merujuk perkara di atas dengan hormatnya.
2.    Sila maklumkan kepada semua guru prasekolah untuk muat turun fail ‘Pentaksiran Prasekolah 2012′. Gunakan buku panduan tersebut untuk pentaksiran murid prasekolah 2012 seperti yang telah dimaklumkan pada 13 Mei 2012.  Data pentaksiran perlu diisi dalam aplikasi e-PPRA ( Rujuk manual yang telah diedarkan ). Pentaksiran perlu dibuat dua kali setahun iaitu antara (Mac-Jun) dan (Ogos – Oktober).
3.     Tarikh tutup penghantaran kertas konsep ‘Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah’ ke PPD pada 4 Jun 2012 , hantar ke Unit Akademik u/p :  Pn Hamidah Haduri. Setiap guru prasekolah diwajibkan menghantar satu kertas konsep.
4.    Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Sekian terima kasih. Sila muat turun ‘Surat‘.


Jumaat, 18 Mei 2012

BERITA - MEMPERKASA SISTEM PENDIDIKAN

BERITA
UTUSAN ONLINE

NEW YORK 17 Mei - Malaysia bakal menyaksikan satu perubahan besar dalam sistem pendidikan negara melalui program 'daripada buaian sehingga kerjaya' termasuk melahirkan pemenang Hadiah Nobel apabila termeterainya lima memorandum persefahaman (MoU) dengan institusi penyelidikan dan pendidikan di New York.
Program itu yang kini dilaksanakan di 27 buah negeri Amerika Syarikat (AS) dan telah berjaya meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar dari peringkat sekolah sehingga kolej atau universiti diperkenalkan oleh Canselor State University of New York (SUNY), Dr. Nancy Zimpher.
NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor menyaksikan MoU antara Ellis Rubinstein (kanan) dengan Naib Canselor UKM, Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (dua dari kiri) selepas mesyuarat kedua GSIAC di Akademi Sains New York (NYAS), New York, semalam. Turut sama, Khaled Nordin (tiga dari kiri) dan Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis. - BERNAMA

((((((Sila klik 'Baca lagi' untuk laporan penuh))))))))

Jumaat, 11 Mei 2012

PPD - BENGKEL PROFESSIONALISMA PENGURUSAN PRASEKOLAH

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
PPD KLUANG

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kluang
(Mempunyai prasekolah sahaja)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bersama-sama ini disertakan surat berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.
Terima kasih


PPD - PROGRAM JELAJAH BUKU

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD KLUANG

Pengetua/Guru Besar, Guru-Guru dan Semua Warga Pendidikan Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dalam kempen mengumpul buku baru dan terpakai tersebut, pihak penganjur telah menyasarkan sebanyak 50 ribu naskah bakal terkumpul sehingga penutup kempen pada 20 Mei 2012. Semoga perkara ini berada dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sila muat turun “JELAJAH BUKU” untuk maklumat lanjut.


Khamis, 10 Mei 2012

KPM - SAMBUTAN HARI GURU

TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
(OPERASI PENDIDIKAN)

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah memutuskan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012



Selasa, 8 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

PENGURUSAN SEKOLAH



JPN - LINUS

LINUS

Adalah dimaklumkan bahawa Saringan Khas Program Literasi dan Numerasi (Linus) bagi murid Tahun 2, 2012 akan dilaksanakan mengkut jadual dibawah.
Saringan
Tarikh Pelaksanaan
Kemasukan Data
Saringan Khas (Tahun 2)
14 – 18 Mei 2012
21 Mei – 1 Jun 2012
Sehubungan itu, pihak sekolah perlu memastikan proses Saringan Khas ini berjalan dengan lancar dan akur akan prosedur yang telah ditetapkan dan guru-guru yang terlibat perlu membaca manual dan memahaminya terlebih dahulu sebelum melaksanakan saringan tersebut.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Fasilinus daerah masing-masing.


PPD - LINUS

LINUS

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Dimaklumkan bahawa taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut :
     Tarikh       :  9 Mei 2012  (Rabu)
     Masa        :  2.30 -5.00 petang
     Tempat    :  Bilik Mesyuarat SK Kampong Melayu, Kluang
     Kehadiran  :  Guru Penolong Kanan Kurikulum
3.  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Hamidah bt Haduri di talian 019-7717073 atau fasiLINUS PPD Kluang. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.  Terima kasih.


JPN - DATA PENGURUSAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID

UNIT HAL EHWAL MURID
JPN JOHOR

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
PEJABAT PELAJARAN DAERAH
NEGERI JOHOR
(UP: UNIT HAL EHWAL MURID)
DATA PENGURUSAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat KP(BPSH-SPKD)602/10(9) bertarikh 23 April 2012 adalah dirujuk.
2.  Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan Borang Pengurusan disiplin ( BPD 1 ) ke semua sekolah di bawah pentadbiran masing-masing untuk diisi oleh pihak pengurusan sekolah dan menghantarnya ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sebelum atau pada 8 Mei 2012. Pihak PPD hendaklah merumuskan maklumat tersebut menggunakan Borang Pengurusan Disiplin ( BPD 2 ) dan menghantarnya ke Jabatan Pelajaran Johor (Unit HEM) sebelum atau pada 18 Mei 2012.
3.  Bersama ini disertakan Borang BPD 1 dan 2 untuk tindakan tuan/puan. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Roslan Bin Hayon, Unit HEM, Jabatan Pelajaran Johor di talian 072311491.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.
LAMPIRAN
 Borang Pengurusan Disiplin (BPD 1 dan 2) (Borang)
 Surat Data Pengurusan Disiplin dan Keselamatan Murid (Surat)


PPD - PENYATA PERUBAHAN KEW 8

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Perhatian kepada semua Pengetua, Guru Besar SJK (C) dan SJK (T) yang mempunyai Guru Interim sekolah daerah Kluang. Dengan segaja hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membuat semula Penyata Perubahan (KEW.8) bagi Pelarasan Kenaikan Gaji 13%, Tawaran Pelanjutan Dan Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup.  Bagi Kew.8 pelarasan kenaikan gaji 13%, tawaran pelanjutan atau kenaikan kadar bantuan sara hidup yang telah dihantar ke PPD untuk tujuan kelulusan, Kew.8 berkenaan telah dibatalkan. Dilampirkan contoh-contoh Penyata Perubahan (Kew.8) bagi Kenaikan Gaji 13%, Tawaran Pelanjutan Dan Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup untuk Guru Interim SMK, SJK (C) Dan SJK (T) beserta Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1./2012 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn. Heng Lee Chin- Unit Pengurusan Sekolah di talian 07-7741103.

1. Kew.8 Pelarasan Kenaikan Gaji 13% (kew.8 penyelarasan 13%)- sila sertakan Kew.8 yang telah diluluskan
bagi gaji bulan Januari(gaji lama) sebagai dokumen sokongan.
2. Kew.8 Tawaran Pelanjutan Guru Interim (Kew.8 Tawaran Pelanjutan)
3. Kew.8 Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (Kew.8 Kenaikan Cola)
Sekian terima kasih.


PPD - KEMASKINI DATA BERSAMA KADI KLUANG

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR  – Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dengan kerjasama Pejabat Kadi Kluang dalam usaha mengumpul data guru beragama Islam yang berkahwin dalam tempoh 5 tahun terkini (2007,2008,2009,2010,2011,2012) . Sehubungan itu, dipohon kerjasama daripada tuan/puan untuk melengkapkan borang  (Semurni Kasih) yang dilampirkan bersama-sama ini dan dikembalikan semula kepada Ustaz Ahmad Anwar Bin Nordin 019-7212537. Penghantaran secara email di bawah perkara/Tajuk Semurni kasih ( Nama Sekolah ) ke email – ustnuarppd@gmail.com – sebelum atau pada 10.5.2012. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sila klik di sini untuk muat turun borang.

PPD - KEMASKINI SAPS

UNIT PEPERIKSAAN (DALAMAN)

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kluang.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Pengisian Ujian 1 2012 dibuka semula selama SEMINGGU hingga 11 Mei 2012 untuk membolehkan sekolah-sekolah mengemaskini murid dan markah. Pengisian Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dibuka dalam jangka masa terdekat. Sila pastikan senarai murid telahpun mantap supaya tidak berlaku masalah seperti pada Ujian 1
Sekian, terima kasih.


Isnin, 7 Mei 2012

PPD - KEDUDUKAN BAND PRESTASI SEKOLAH

UNIT PENGURUSAN KUALITI
PPD KLUANG

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kluang,
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Bersama-sama ini disertakan Laporan Kedudukan Band Prestasi Sekolah untuk Tahun 2009, 2010 dan 2011 ( SKPM 2003 dan SKPM 2010 ). Data ini adalah sebagai panduan tuan untuk mengisi Borang SJQ 1 dan SJQ 2 dalam Program Pengarah Turun Padang pada 23 Mei 2012.
3. Sehubungan itu juga tuan diingatkan untuk menghantar sesalinan bahan tersebut ke PPD Kluang ( UP: Penolong PPD Pengurusan Kualiti dan Inovasi ) pada atau sebelum 16 Mei 2012(RABU)
4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad bin Yusup, Penolong PPD Pengurusan Kualiti dan Inovasi di talian 013-7748494 atau 07-7741102.


KPM - KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

PEMBERITAHUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kajian semula sistem pendidikan ini, Sila muat turun dokumen di bawah ini:






Jumaat, 4 Mei 2012

PPD - TAKLIMAT PENGURUSAN PPDa

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD KLUANG

Pengetua/Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan hormatnya surat JPA2002.UPK/100-19/3Jld.4(     ) bertarikh 12 April 2012 dirujuk.
2. Sehubungan itu semoga perkara ini berada dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sila muat turun surat “TAKLIMAT PPDa


PPD - KURSUS PENGENDALIAN KANTIN SEKOLAH

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD KLUANG

Pengetua/Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Kluang.
Tuan,
Dengan hormatnya surat JPA2002.UPK/100-21/1(    ) bertarikh 27 April 2012 dirujuk.
2. Sehubungan itu semoga perkara ini berada dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sila muat turun surat KURSUS KANTIN


Khamis, 3 Mei 2012

KPM - PEMANGKUAN GURU CEMERLANG

JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ METRIKULASI DANENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012

SILA MUAT TURUN LAMPIRAN DI LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...